mama N
Dunia tanpa sempadan
Sunday, 12 June 2011
kembali ke rutin asal....
Semalam hantar anak2 balik ke sekolah masing2... pagi ke Batu Pahat dulu pas2 ke Bandar Penawar. Sekarang da senang sikit sebab hway baru dh buka...Dari rumah aku ke Bandar Penawar hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit, berbanding sebelum ini 1jam setengah...So............... pagi ni aku dah mula ke rutin asal. Lepas suami g kerja aku jirus pokok2, kereta. Masuk kedlam mengemas, membasuh baju, brekfast jap... sambil on tv tgk tanyalah ustaz.pas2 mula mengopek kentang, meracik, merendam nak wt inti epok2 pusar.Bila inti dah siap sejukkan dulu sementara tu uli dohnya.Bila dh siap semua ahhh...aku pun apa lagi duduk menggentelleh epok2 tu!!sampai pukul 2 30 ptg. Ptg plak dah sibuk nak masak utk makan malam,lepas maghrib dah relax.... kalau nak jalan makan kt luar tak payah nasak ptg..Dah tinggal berdua!! honeymoon ....Okeylah stop sini dulu ya!
Tuesday, 7 June 2011
laman sesawang menemukan kwn2 lama
Betullah dunia sekarang tanpa sempadan....maklumat dihujung jari. Laman sembang spt; facebook tempat menemukan kawan2 lama.Apa yang penting ;kerjasama!!eh salah.... Nawaitu kita, ya lah kawan sekolah yg dah berbelas thun malah munkin 20 thn x jumpa dpt jumpa hanya dengan klik 1 jari terus jumpa orang tu.Tapi di alam cyber lah,dulu masa sekolah comot, sempoi,selekeh jerr..... sekarang saiz badan dh berubah, muka ada yg lg bulat, dagu berlapis kurus pun ada....hampir2 x kenal di buatnya.Sudahnya ketawa seorang2....Itu kes kawan 1 sekolah,ini jiran2 lama kita kt kg walaupun kita berjiran tp masing2 dh ada keluarga pun kadang2 kita tak jumpa walaupun pada hari raya.Dengan adanya laman sembang ni dapat bertanya khabar di alam cyber ni! Yang tak bagusnya kalau niat untuk mencari bekas kekasih/ mak we/pak we lama.....lain jadinya nanti. Sendiri mau ingatlah!!! okey mama N stop sampai sini dulu ya..Wassalam.
Thursday, 2 June 2011
epok-epok pusar
kini, aq sedang mengusahakan epok2 pusar,,cume bekerja bila ade tempahan..sekadar mengisi masa terluang..anak2 duduk asrama..sapa ade kt umah....tu yg duk wat epok2 ni..seronok...
Wednesday, 1 June 2011
cuti sekolah
diam x diam dah hampir seminggu cuti sekolah berlalu... meriah lah kat rumah aku ni. Maklumlah anak2 dah balik.Diorang ni memang suka aku bebel katanya rindu nak dengar !!!! perlilah tu! Mereka bukannya budak2 kecil, yang sulung form 4 dan adiknya form 1.Walaupun mempunyai tarikh lahir yg sama 23 Feb, tapi karektor memang berbeza.Kakak " slow" sikit adiknya "brutal" sikit. Adik ada skill memasak tapi ikut angin lah, kalau rajin dia kat dapur.....kakak bab memasak ni tolong juga......tolong tengok ajerr!! bab tidur dialah juara! balas dendam time2 cuti ni.InsyAllah minggu depan kami akan pergi bercuti ke Kuala Lumpur dan stay di Melaka .Bawa anak2 berjalan maklumlah tahun lepas mereka grand exam,tidak dapat bercuti ke mana-mana kerana kelas tambahan.Okeylah kita layann........
Subscribe to:
Comments (Atom)